HARAP MAAF!BLOG MASIH DALAM PROSES BAIK PULIH & KEMAS KINI.KESULITAN AMAT DIKESALI

Daftar Buku Pelawat

INFO PKG TERKINI !!!

KEMASKINI ( 4 Julai 2011 )
INFO 1 : MESYUARAT TOKOH NILAM 2011.

1.1 Makluman kepada semua GPM PKG Seberang Perak
( 16 orang )..mesyuarat Tokoh Nilam 2011 insyaAllah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : SELASA, 5 Julai 2011
Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun,
PKG Seberang Perak

* Surat panggilan daripada PPD akan menyusul kemudian.
* Minum petang akan disediakan

AGENDA MESYUARAT :

1.1 Aluan Pengerusi
1.2 Membincang dan memutuskan Program Pemilihan Tokoh Nilam PKG Seberang Perak 2011 )
( * Rujuk Kertas Kerja Pemilihan Tokoh Nilam 2011 )
1.3 Khemah Membaca,Tokoh Nilam Daerah & Majlis Anugerah Nilam Daerah Pk Tengah.
1.4 iNILAM & iQ-PSS ( Tarantula )
1.5 Hal-Hal Lain
1.6 Penutup

INFO 2 : DATA STATUS PROGRAM NILAM ( berakhir pada 30 Jun 2011 )

2.1 Semua GPM atau Guru NILAM sekolah-sekolah PKG Seberang Perak diminta menghantar maklumat Data Status Program Nilam berakhir 30 Jun 2011 dengan KADAR SEGERA ke PKG Seb.Perak (UP : En SHAHROM ZAKARIA)..sila gunakan borang secara MANUAL.

INFO 3 : i NILAM dan iQ-PSS

3.1 Semua GPM diarahkan agar mengemaskini data iNILAM terutamanya REKOD BACAAN MURID. Kelayakan untuk menerima Sijil Pengiktirafan NILAM ( Tahun 6 & Tingkatan 5 sahaja ) adalah berdasarkan kepada Rekod Bacaan Murid berakhir 30 Jun 2011 dalam iNILAM.Sila kemaskini data sebelum 8 Julai 2011.Kegagalan pihak sekolah untuk mengemaskini data Rekod Bacaan Murid akan menyebabkan terdapat murid sekolah tuan yang tercicir untuk mendapat Sijil Pengiktirafan Nilam Daerah 2011.

KEMASKINI ( 28 Jun 2011 )
Info 1 : Data Terkini i-NILAM

1.1 Pemantauan Atas Talian akan dilakukan oleh pihak BTP dalam waktu terdekat. Mohon kepada semua GPM PKG Seberang Perak dapat mengemaskini semua data dan maklumat terkini berkaitan Program Nilam disekolah masing-masing dengan KADAR SEGERA. Sebarang masalah berkaitan iNILAM, sila berhubung dan berbincang terus ke PKG Seberang Perak ( UP : En Shahrom Zakaria ).

1.2 Perlu ambil perhatian juga, kelayakan murid untuk menerima Sijil Anugerah Nilam Daerah Perak Tengah 2011 juga akan diambil kira daripada data i-NILAM yang terkini iaitu data yang berakhir pada 30 Jun 2011. Sila kemaskini Rekod Bacaan Murid terkini terutama Rekod Bacaan Murid Tahun 6 dan Tingkatan 5.

Info 2 : Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Seberang Perak 2011

2.1 Satu mesyuarat berkaitan akan diadakan pada 5 Julai 2011 dan Pemilihan Tokoh Nilam akan diadakan pada 13 Julai 2011..insyaAllah! Semua GPM dikehendaki hadir...surat panggilan resmi akan menyusul kemudian!

2.2 Calon-calon yang mewakili sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

1. Calon mestilah terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 ( SM ) dan murid Tahun 5 ( SR )

2. Calon mestilah telah mencapai Pengiktirafan NILAM pada Tahap Jauhari ( Nilam Jauhari ) :

2.1 Telah membaca sebanyak 288 buah buku ( SM )

2.2 Telah membaca sebanyak 360 buah buku ( SM )

3. Calon mestilah mengumpul sebanyak 50 mata pada Tahap Rakan Pembaca.

4. Calon mestilah mempunyai Rekod Akademik yang cemerlang bermula dari awal persekolahan.

5. Calon yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan mestilah melengkapkan semua maklumat dan butiran yang dikehendaki dalam borang-borang yang berikut :

5.1 Borang Pencalonan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri : (BTP/PSP - NILAM 01)

5.2 Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga : (BTP/PSP-NILAM 03)

5.3 Borang Sejarah Akademik Calon : (BTPNPRK/PSP-NILAM 013)

5.4 Folio Calon Tokoh Nilam: (BTP/PSP-NILAM 04)

* Sila rujuk surat makluman Pemilihan Tokoh Nilam yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah.

Thursday, May 15, 2014

Taqwim PKG 2014

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1N3nt0ao0q9u0QHoABhpEf8DhO-r20yZZ5Sppd8iGRFU/edit#gid=447546491
 

Hak Cipta Terpelihara Pusat Kegiatan Guru Seberang Perak 2009 email pkgseberangperak@gmail.com